Monday, May 11, 2009

Pengajian Am 1 (Pep. Awal Tahun 2008)

1. Pilih Penyataan yang benar tentang Dasar Wawasan Negara.
I Menyusun semula masyarakat
II Membentuk masyarakat yang maju dan Beretika
III Menekankan ekonomi yang berasaskan pengetahuan
IV Menekankan pembangunan yang seimbang dalam pelbagai sektor
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

· Menguatkan Keselamatan Negara
· Meningkat daya produktiviti dan daya pembelian domestik

2. Penyataan di atas merujuk kepada
A Dasar Pandang Ke Timur
B Dasar Produktiviti Negara
C Dasar Kependudukan Negara
D Dasar Pembangunan Nasional

· Bahagian Kontena Pulau Pinang
· Telekom Malaysia Berhad
3. Perkhidmatan di atas berkaitan dengan
A Dasar Sogoshosha
B Dasar Penswastaan
C Dasar Pandang Ke Timur
D Dasar Perindustrian Berat

Matlamat X
· Melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi

4. X Merujuk kepada
A Dasar Wawasan Negara
B Dasar Pelajaran Kebangsaan
C Falsafah Pendidikan Negara
D Dasar Kebudayaan Kebangsaan

5. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan Koridor Raya Multimedia?
I Menyediakan komputer secara percuma
II Membangunkan industri telekomunikasi
III Menjadikan Malaysia hub teknologi maklumat
IV Menyediakan undang-undang siber
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D II dan III

· Pertumbuhan ekonomi secara beransur-ansur
· Menggunakan sumber negara secara optimum

6. Penyataan di atas merujuk kepada
A Dasar Industri Berat
B Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
C Dasar Ekonomi Baru
D Dasar Hala Tuju Baru

7. Antara yang berikut, yang manakah merupakan strategi pelaksanaan Dasar Sogoshosha?
I Memberikan galakan cukai dan galakan kewangan
II Memberikan kemudahan dan bantuan kepada syarikat Sogoshosha
III Syarikat perdagangan am yang tidak berpotensi tidak digalakkan beroperasi
IV Menggabungkan syarikat-syarikat kecil supaya menjadi syarikat Sogoshosha
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

8. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang usaha kerajaan untuk mengurangkan jurang digital antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar?
I Rancangan SchoolNet
II Skim Baucer Tuisyen
III Skim Pinjaman Buku Teks
IV Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Dasar Pandang Ke Timur
Perubahan Sikap

9. Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara yang berkaitan dengan perubahan sikap dalam Dasar Pandang ke Timur?
I Perkhidmatan kaunter
II Perkhidmatan Cemerlang
III Kad perakam waktu bekerja
IV Kepimpinan melalui teladan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

· Asas pembekalan maklumat
· Pembentukan masyarakat terdidik dan bermaklumat
· Menyokong penyelidikan dan pembangunan

10. Penyataan di atas merujuk kepada
A Wawasan 2020
B Dasar Wanita Negara
C Dasar Sains dan Teknologi
D Dasar Telekomunikasi Negara

11. Antara yang berikut, penyataan yang manakah benar tentang Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJP3)?
I Sektor pertanian akan digiatkan semula untuk meningkatkan pengeluaran makanan
II Kadar inflasi akan melambung tinggi berikutan peningkatan pendapatan per kapita rakyat
III Sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian akan menjadi daya penggerak kepada pertumbuhan ekonomi
IV Pembangunan perusahaan kecil dan sederhana akan diberi tumpuan lebih berbanding dengan sektor lain kerana risikonya rendah
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

12. Antara yang berikut, yang manakah strategi yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat Dasar Wanita Negara?
I Membasmi diskriminasi terhadap wanita
II Memberikan faedah cuti bersalin selama 60 hari
III Meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam pasaran buruh
IV Memberikan kelonggaran kepada kakitangan awam wanita untuk bersara lebih awal
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

· Mengelompokkan kampung-kampung kecil untuk dijadikan bandar kecil
· Memastikan pembangunan bandar lebih seimbang
13. Penyataan di atas merujuk kepada
A Dasar Ekonomi Baru
B Dasar Pertanian Negara
C Dasar Urbanisasi Negara
D Dasar Hala Cara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar

14. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang prinsip perjuangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali
I Menyelesaikan konflik melalui perundingan
II Memberikan bantuan ketenteraan kepada negara anggota yang diserang oleh musuh
III Menggalakkan perdagangan dalam kalangan negara anggota melalui pengurangan tarif
IV Menjalinkan hubungan dan berbaik-baik dengan negara-negara lain tanpa mengira ideologi
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

15. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang pendirian Malaysia dalam isu keganasan antarabangsa?
I Negara barat harus meneliti semula dasar mereka di Asia Barat
II Isu yang menyentuh kepentingan rakyat di wilayah Palestian harus diselesaikan secara adil
III Malaysia mengamalkan dasar berkecuali supaya pengganas tidak menjadikan negara kita sebagai sasaran mereka
IV Malaysia sanggup memberikan kerjasama kepada pengganas jika mereka mampu menyelesaikan masalah di Palestian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

16. Antara yang berikut, yang manakah merupakan masalah yang dihadapi oleh Malaysia serta negara membangun yang lain dalam perdagangan komoditi utama?
I Harga yang tidak stabil
II Permintaan yang sangat tinggi
III Bahan mentah yang semakin berkurangan
IV Duti tinggi ke atas eksport komoditi negara membangun
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kejayaan kerjasama dalam kalangan negara ASEAN?
I Menganjurkan sukan SEA dua tahun sekali
II Menyelesaikan isu keganasan di rantau ini
III Menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
IV Memperkenalkan mata wang ASEAN dalam perdagangan Intra-ASEAN

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

18. Antara penyataan yang berikut, yang manakah benar tentang Komanwel?
I Keahlian hanya terbuka kepada negara bekas tanah jajahan British
II Ketua-ketua kerajaan Komanwel akan bersidang setiap dua tahun sekali
III Negara-negara anggota bebas untuk menyertai atau menarik diri daripada Komanwel
IV Negara-negara anggota mempunyai hak yang sama dan perlu mematuhi dasar British
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

19. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)?
A Menjadi pengerusi OIC sepanjang tempoh 2003 – 2006
B Mewakili OIC dalam rundingan damai Israel – Palestian
C Memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang miskin
D Memperjuangkan pembebasan negara Iraq daripada penaklukan Amerika Syarikat dan sekutunya

20. Yang manakah antara penyataan yang berikut menunjukkan kelemahan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)?
I Mengikut telunjuk negara kuasa besar Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah
II Negara-negara anggota gagal memberikan sumbangan kewangan untuk pengurusan pentadbiran
III Gagal menghalang keangkuhan dan kedegilan negara penceroboh yang mencabuli kedaulatan negara lain
IV Gagal menyelesaikan masalah perdagangan yang tidak adil antara negara maju dengan negara membangun
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri negara demokrasi yang diamalkan di Malaysia?
I Kuasa pemerintahan di tangan rakyat
II Rakyat diwajibkan mengundi dalam pilihanraya
III Rakyat berkuasa menentukan ketua negara yang memerintah
IV Pilihanraya diadakan bagi memilih kerajaan yang memerintah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

22. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Yang di-Pertuan Agong?
I Pemerintah tertinggi angkatan tentera persekutuan
II Mempunyai kuasa untuk menolak permintaan membubarkan Parlimen
III Tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong selama 4 tahun, tetapi baginda boleh meletak jawatan pada bila-bila masa
IV Tidak boleh meninggalkan Persekutuan lebih daripada 15 hari tanpa persetujuan Majlis Raja-raja walaupun atas urusan rasmi
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

23. Antara yang berikut, pindaan yang manakah memerlukan suara dua pertiga daripada ahli Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak?
I Bahasa Kebangsaan
II Kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak
III Kewarganegaraan bagi orang yang lahir sebelum Hari Malaysia
IV Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Sabah dan Sarawak
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

· Pembahagian kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman yang jelas
· Mengelakkan pemusatan kuasa di tangan mana-mana pihak
24. Perkara-perkara di atas merujuk kepada
A Doktrin pemusatan kuasa
B Doktrin pertindihan kuasa
C Doktrin duluan kehakiman
D Doktrin pengasingan kuasa

· Pemecatan melalui tribunal
· Perlantikan mendapat perkenan Majlis Raja-raja
25. Jawatan di atas merujuk kepada
I Peguam Negara
II Ketua Hakim Negara
III Setiausaha Dewan Rakyat
IV Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

26. Antara perkara yang berikut, yang manakah berada dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?
I Pajak Gadai
II Tempat hiburan
III Jabatan Kesihatan
IV Permit Pembalakan
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

27. Pilih pernyataan yang benar tentang Menteri Besar dan Ketua menteri
I Tempoh jawatan selama 4 tahun
II Mesti berbangsa Melayu dan beragama Islam
III Tidak boleh melibatkan diri dalam bidang perniagaan
IV Menamakan ahli Exco untuk dilantik oleh Ketua Negeri
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

28. Antara yang berikut, yang manakah merupakan alasan yang membolehkan seseorang Yang Dipertua Negeri dipecat?
I Mengambil bahagian secara aktif dalam perniagaan dan politik
II Dilahirkan di negeri yang lain di Malaysia selepas Hari Malaysia
III Memegang jawatan berpendapatan selain sebagai Ketua Negeri
IV Satu resolusi pemecatannya telah diluluskan oleh satu per dua suara dalam Dewan Undangan Negeri
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

· Semua ahli bertanggungjawab bersama atas segala keputusan yang dibuat
· Ahli yang tidak bersetuju dengan keputusannya harus meletakkan jawatan
29. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan penyataan di atas?
A Kabinet
B Parlimen
C Majlis Kewangan Negara
D Dewan Undangan Negeri



30. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang sesebuah Majlis Daerah?
I Diketuai oleh Pegawai Daerah
II Terdiri daripada 4 hingga 12 orang ahli
III Penduduk tidak kurang daripada 100 000 orang
IV Pentadbiran dijalankan oleh seorang setiausaha
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

31. Yang di-Pertuan Agong hendaklah memperkenankan rang undang-undang yang diserahkan kepada baginda..
A dalam tempoh 30 hari
B berdasarkan kuasa budi bicara
C setelah berunding dengan Majlis Raja-raja
D dalam tempoh satu bulan bagi Rang Undang-undang Kewangan dan 60 hari bagi Rang Undang-undang yang lain

32. Seseorang rakyat asing yang ingin memperoleh kewarganegaraan dengan cara masukan mestilah memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut
I Dilahirkan di Malaysia selepas 31 Ogos 1957
II Tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota
III Mempunyai pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu
IV Telah bermastautin di Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

33. Yang manakah antara yang berikut merupakan agensi di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan?
A Jabatan Perhutanan
B Jabatan Pertahanan Awam
C Pejabat Tanah dan Daerah
D Jabatan Kebajikan Masyarakat

· Perlantikan jawatan
· Pengesahan jawatan
· Kenaikan Pangkat
34. Antara yang berikut, yang manakah diberi kewajipan untuk melaksanakan tugas di atas?
I Suhakam
II Suruhanjaya Pilihanraya
III Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
IV Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

35. Antara yang berikut yang manakah benar tentang Raja, Sultan, Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertua Negeri?

Raja / Sultan / Yang Dipertuan Besar
Yang Dipertua Negeri
I
Mempunyai budi bicara dalam perlantikan Menteri Besar
Mempunyai budi bicara dalam perlantikan Ketua Menteri
II
Tempoh jawatan selama diperkenankan oleh Majlis Raja-raja
Tempoh jawatan selama 4 tahun

III
Boleh didakwa atas sifat rasmi dan peribadi di mahkamah awam
Boleh didakwa atas sifat rasmi dan peribadi di mahkamah awam
IV
Tidak boleh memegang jawatan berpendapatan
Tidak boleh mengambil bahagian dalam bidang pekerjaan lain
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

36. Pilih padanan yang betul antara kementerian dengan agensi di bawah bidang kuasanya.

Jabatan
Kementerian
I
Perbadanan Putrajaya
Kementerian Wilayah Persekutuan
II
Lembaga Penapisan Filem
Kementerian Kewangan
III
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pelajaran
IV
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Kerja Raya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

37. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pendapatan kerajaan tempatan?
I Sewa gerai
II Cukai Tanah
III Duti hiburan
IV Lesen perniagaan penjaja
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

38. Yang manakah benar tentang ahli Parlimen?
A Terdiri daripada orang Melayu dan Bumiputera
B Hilang kelayakan jika muflis dan tidak dilepaskan
C Masih boleh memegang jawatan berpendapatan
D Hanya boleh menjadi wakil di kawasan tempat tinggal beliau

Peringkat Pentadbiran di Sarawak
Bahagian
Daerah Kecil
X








Kampung

39. Yang manakah antara yang berikut benar tentang X?
A Diketuai oleh seorang Residen
B Ketua X dibantu oleh Temenggung
C Ketua masyarakat bumiputera di X ialah Pemanca
D Ketua X bertanggungjawab kepada Ketua Menteri

40. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri Adat Temenggung?
I Bersifat matriarkal
II Dipengaruhi oleh adat Hindu
III Sistem pentadbiran bersifat demokrasi
IV Menyentuh tentang peraturan hamba abdi
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

41. Antara yang berikut, yang manakah merupakan persamaan antara badan berkanun dengan badan tidak berkanun?
A Anggaran belanjawan dikawal oleh kerajaan
B Ahli Lembaga Pengarah dilantik oleh menteri yang berkaitan
C Berbentuk syarikat induk dan boleh menubuhkan anak syarikat
D Hal penambahan jawatan perlu dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam

42. Pilih padanan yang tepat antara kesalahan dengan pihak berkuasa yang terlibat.
Kesalahan
Pihak Berkuasa
I
Lumba motosikal secara haram
P
Jabatan Polis
II
Menyeludup rokok kretek
Q
Majlis Perbandaran
III
Kesalahan letak kereta
R
Jabatan Kastam dan Eksais


I
II
III
A
P
Q
R
B
R
P
Q
C
P
R
Q
D
Q
S
P

43. Antara kes sivil yang berikut, yang manakah yang dibicarakan oleh Mahkamah Syariah?
I Ratu cantik
II Perceraian
III Perebutan hak jagaan anak
IV Tidak menunaikan sembahyang jumaat
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

44. Susun semula proses penggubalan undang-undang di bawah ini mengikut urutan yang betul.
I Kelulusan Kabinet
II Kelulusan Parlimen
III Diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
IV Draf undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara
A I, III, II, IV
B III, I, II, IV
C IV, I, II, III
D IV, III, I, II

45. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan Dewan Bandaraya?
I Pendapatan tahunan kurang daripada RM20 juta setahun
II Jumlah penduduk lebih 100 000 orang
III Jumlah pendapatan melebihi RM20 juta setahun
IV Diketuai oleh seorang Yang Dipertua
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 46 dan 47 berdasarkan jadual 1 di bawah ini.
Jadual 1: Ringgit Malaysia bagi satu mata wang asing
Mata Wang
Jualan
Belian
Dolar Singapura
3.1232
3.1010
Dolar Amerika
4.7565
4.6321
46. Raju dan Ahmad telah bercadang untuk melancong ke Beijing pada akhir tahun 2007. Mereka mempunyai RM7000 masing-masing. Sekiranya mereka ingin menukarkan wang tersebut kepada Dolar Amerika. Berapakah wang yang mereka peroleh?
A AS$1471.67
B AS$2943.34
C AS$2493.43
D AS$1741.76

Encik Chong seorang guru di sebuah sekolah di Bukit Mertajam. Gajinya sebulan ialah sebanyak RM5670.00
47. Berapakah gaji yang diperoleh jika Encik Chong menukarkannya kepada Dolar Singapura?
A $2302.40
B $1500.00
C $1821.50
D $1815.50

· Barangan : TV warna Sony
· Harga : RM2100.00
· Deposit : RM800
· Cara bayaran : Ansuran
· Tempoh : 2 tahun
· Kadar faedah : 7 %
48. Hitung bayaran ansuran bulanan yang perlu dibayar.
A RM65.70
B RM56.07
C RM61.75
D RM63.75

Soalan 49 dan 50 berdasarkan jadual 2 di bawah ini.
Jadual 2 : Jumlah Penduduk Kawasan Y
Bilangan Anak
Bilangan Keluarga
1
200
2
250
3
150
4
250
49. Berapakah jumlah penduduk di kawasan Y?
A 3500 orang
B 2436 orang
C 3850 orang
D 850 orang

50. Seandainya sebuah klinik swasta ingin menyediakan kemudahan kesihatan kepada keluarga yang mempunyai lebih daripada dua orang anak, berapa orang anakkah yang akan menerima khidmat percuma tersebut?
A 1670 orang
B 1450 orang
C 250 orang
D 400 orang

51. Encik Raj dan Encik Daniel diminta mengecat bangunan rumah dengan cat merah. Jika Encik Raj mengambil jangka masa tiga jam untuk mengecat ¼ daripada rumah tersebut, berapa minitkah yang diambil oleh Encik Daniel jika beliau mempunyai keupayaan dua kali ganda keupayaan Encik Raj.
A 720 minit
B 180 minit
C 360 minit
D 160 minit

Rokiah membeli baju dan kain langsir dengan membayar RM140 di kedai Pak Mat. Harga baju adalah 30 % lebih mahal daripada kain langsir.
52. Berapakah harga kain langsir tersebut?
A RM100
B RM60.70
C RM79.13
D RM80.50

Syarikat Saujana memerlukan lapan kali ganda lebih masa, empat kali ganda lebih wang dan enam kali ganda lebih usaha untuk mengekalkan seorang pelanggan.
53. Berapakah jumlah pelanggan yang dapat dikekalkan oleh Syarikat Saujana jika mengenakan sebanyak 480 kali ganda masa, 104 kali ganda lebih wang dan 222 kali ganda usaha?
A 26 orang
B 37 orang
C 60 orang
D 41 orang

Encik Linggi ialah seorang pengurus Syarikat X. Beliau mula bertugas pada 2 Januari 2008. Beliau diberi gaji RM5300 sebulan. Tiga bulan kemudian, setelah disahkan dalam jawatan beliau menerima kenaikan sebanyak RM500 sebulan. Usaha cemerlang beliau dihargai dengan kenaikan gaji khas sebanyak RM400 sebulan selepas enam bulan.
54. Berapakah purata pendapatan bulanan Encik Linggi pada tahun tersebut.
A RM5300
B RM5800
C RM6200
D RM5258

Rosita menjual sebuah pasu bunga dengan harga RM40. Rosita mengalami kerugian sebanyak 20 % dengan penjualan pada harga tersebut.
55. Berapakah harga belian pasu tersebut?
A RM40
B RM50
C RM60
D RM70



Soalan 56 dan 57 berdasarkan jadual 3 di bawah ini.

Jadual 3 : Jenis kemalangan di Malaysia dari tahun 1997 – 2000
Jenis Kemalangan
1997
1998
1999
2000
Maut
5103
5190
5219
5240
Parah
12 158
10 129
8536
8067
Ringan
32 204
33 071
31 241
28 778
Kerosakan Kecil
100 284
100 861
110 700
134 457
Kerosakan Serius
65 884
61 783
67 470
73 885
56. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang jumlah kemalangan di Malaysia seperti dalam Jadual 1 di atas?
I Jumlah kemalangan telah meningkat daripada 215 690 pada tahun 1997 kepada 250 492 pada tahun 2000
II Jenis kemalangan maut menunjukkan peratus penurunan sebanyak 0.2% dari tahun 1999 – 2000
III Jenis kemalangan ringan telah meningkat sebanyak 1.7% dari tahun 1998 hingga 1999
IV Perbezaan jumlah kemalangan antara tahun 1997 dengan 1999 ialah sebanyak 7533
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

57. Antara jenis kemalangan berikut, yang manakah menunjukkan peratus kemalangan tinggi antara tahun 1997 hingga 2000?
A Parah
B Ringan
C Kerosakan Kecil
D Kerosakan Serius

Encik Gulpas mendapat bantuan pinjaman kerajaan untuk membeli sebuah rumah. Jika Encik Gulpas membeli sebuah rumah berharga RM189 000 dan membuat pinjaman sebanyak 60 peratus daripada harga rumah. Bagi bayaran insuran rumah pula, Encik Gupas membayar sebanyak 6 %.
58. Berapakah bayaran insurans yang dibayar oleh beliau?
A RM7684
B RM6804
C RM5849
D RM6740

Soalan 59 dan 60 berdasarkan jadual 4 di bawah ini.
Jadual 4 : Perdapatan dan Perbelanjaan Bulanan
Pendapatan
Perbelanjaan
Gaji RM9000
Elaun RM500
Sewa rumah 30% daripada gaji
Anak 15 % daripada gaji
Makan 40 % daripada gaji
59. Jumlah perbelanjaan bulanan Encik Ali ialah
A RM6075
B RM8075
C RM9075
D RM7075

60. Baki wang bulanan disimpan dalam bank untuk kegunaan kecemasan setiap bulan. Berapakah jumlah wang simpanan selepas setahun?
A RM17 100
B RM1753
C RM1425
D RM18 100


- SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN STPM 2008 -